ROM - Model seksi majalah lucah Playboy, Brigitta Bulgari  dihukum penjara selepas didapati membenarkan remaja sekolah berumur 15  tahun meraba-raba dirinya dalam satu persembahan, lapor sebuah akhbar  semalam.
Seorang hakim Itali mereman gadis berambut perang yang berusia 27 dan  berketurunan Hungary itu selepas dia melihat rakaman video telefon  bimbit mengenai tarian erotik tersebut.
Rakaman itu didakwa menunjukkan beberapa orang remaja menyentuh  punggung model tersebut dalam satu persembahan erotik.
Hakim Giuiliano Mignini menolak satu permohonan ikat jamin dengan  berkata: "Saya terfikir risiko sama ada dia akan berhubung dengan remaja  tersebut semula selepas ini.
"Saya berpendapat tindakan menghukum Brigitta di penjara buat  sementara waktu merupakan tindakan yang betul," ujarnya.
Model majalah lucah itu disabitkan dengan kesalahan melakukan  persembahan tidak senonoh di hadapan remaja di bawah umur.
Namun peguam bela model seksi itu, Bruno Oberta dengan marah berkata:  "Saya berpendapat hakim tersebut terlalu bias terhadap wanita seksi. -  Agensi

 
 
 
0 comments:
Post a Comment