PADANG BESAR - Penyelia tapak binaan, Mohd. Izman Ismail sudah lali   bekerja dalam parit tetapi apa yang dialaminya di Semandong, dekat sini   kelmarin pasti menjadikan dia lebih berhati-hati selepas ini.
Sewaktu  turun ke dalam air bagi memeriksa kerja pemasangan parit  tengah hari  kelmarin, dia terdengar air berkocak dan terkejut besar  apabila  ternampak seekor lintah sebesar tapak tangan mengengsot ke  arahnya.
"Saya ingatkan ikan, tapi lintah yang jauh lebih besar daripada   lintah kerbau yang biasa saya lihat," katanya ketika ditemui di sini   semalam.

 
 
 
0 comments:
Post a Comment