Sunday, June 13, 2010

Setandan pisang ada tiga jantung

10:15 PM by Matt Da Greatz ·
Labels:
TELUK INTAN - Seorang pekebun, Asasaruddin Rafie, 64, terperanjat besar apabila mendapati sebatang pokok pisang di belakang rumahnya di Kampung Selabak di sini mengeluarkan setandan buah dengan tiga jantung bersamanya.
Menurutnya, kejadian itu dianggap aneh memandangkan pada kebiasaannya pisang hanya berbuah setandan dan mempunyai satu jantung.
Katanya, senario pelik itu disedari minggu lalu dan sejak itu kawasan kebunnya menjadi tumpuan penduduk kampung untuk melihat sendiri pokok pisang nangka miliknya itu.
"Inilah pertama kali seumur hidup saya melihat kejadian aneh pisang mempunyai tiga jantung.
"Selepas diuar-uarkan dari mulut ke mulut, ada pihak yang berhasrat membeli pokok berkenaan dengan harga yang cukup lumayan," katanya di sini semalam.

Oleh AINSAFRE BIDIN
berita@kosmo.com.my

0 comments:

Post a Comment

Page Popularity

Followers

free counters

PROMOTION NEWS