Friday, May 28, 2010

Suspek larikan kereta polis ditangkap

8:44 PM by Matt Da Greatz ·
Labels:

KOTA BHARU 28 Mei - Selepas lima hari menjadi buruan polis kerana melarikan diri dari tahanan menggunakan kenderaan pegawai penyiasat, suspek, Mohd. Zaidi Majid akhirnya berjaya diberkas awal pagi ini.
Lelaki berusia 33 tahun itu ditahan bersama teman wanitanya dan satu lagi pasangan kekasih di sebuah rumah di Bandar Pusat Jengka, Pahang kira-kira pukul 4.05 pagi ini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, penahanan lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes curi kenderaan itu dilakukan oleh pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.
Beliau berkata, tiga rakan suspek termasuk teman wanitanya ditahan kerana melindungi penjenayah yang dikehendaki itu.....more...

"Ketika ditahan awal pagi tadi, suspek sudah tidak bergari dan kita percaya ia telah ditanggalkan di sebuah kedai besi di Machang pada hari kejadian.
"Penahanan ini dibuat susulan tangkapan ke atas dua lelaki dipercayai rakan suspek beberapa hari lalu dan maklumat daripada orang ramai," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Isnin lalu, dua anggota berpangkat sarjan telah ditahan kerja manakala seorang pegawai penyiasat berpangkat asisten supritendan ditukarkan ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.
Tindakan itu ekoran kecuaian mereka sehingga menyebabkan suspek meloloskan diri dengan menggunakan kereta pegawai penyiasat walaupun dalam keadaan tangan bergari pada petang Ahad lalu.
Suspek memandu kereta jenis Proton Waja itu sejauh 40 kilometer sehingga ke Pulai Chondong, Machang sebelum meninggalkan kenderaan tersebut dan menghilangkan diri.
Abdul Rahim berkata, suspek dan rakan-rakannya yang berusia lingkungan 30-an kini dibawa balik ke IPK negeri untuk siasatan lanjut.
"Kita berharap dengan penahanan suspek ia dapat membantu polis menyelesaikan beberapa kes curi kenderaan di bandar ini.
"Rakan-rakannya pula akan didakwa kerana melindungi tahanan yang melarikan diri daripada polis," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Page Popularity

Followers

free counters

PROMOTION NEWS